SHAH ALAM, 9 Jun: Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Fasa Pertama 2011 sebanyak lebih RM6 juta untuk tiga kategori sekolah iaitu Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Selangor.
Majlis penyampaian itu melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan diserahkan melalui Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat di kesemua 56 Dun Selangor untuk diserahkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat di Dun masing-masing.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) menyarankan supaya Adun-Adun dan Pusat Khidmat Masyarakat dapat menyampaikan maklumat berkenaan peruntukan itu kepada sekolah-sekolah dalam Dun masing-masing dan membantu urusan permohonan itu.
“Pihak Adun dan Pusat Khidmat juga diminta untuk memantau sekolah-sekolah yang menerima bantuan pembangunan pendidikan daripada kerajaan negeri,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Bagi tahun 2011, katanya kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan pendidikan sebanyak RM16 juta untuk SAR (RM6 juta), SJKC (RM6 juta) dan SJKT (RM4 juta).
Katanya, keseluruhan peruntukan bagi bantuan pembangunan pendidikan fasa pertama melibatkan SAR, SJKC dan SJKT adalah sebanyak RM6,652,786.
Beliau yang juga Adun Selat Klang berkata, Sekolah Agama Rakyat yang menerima peruntukan Fasa Pertama 2011 adalah sebanyak 121 buah sekolah, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebanyak 75 buah sekolah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pula sebanyak 97 buah sekolah.
Permohonan Bantuan Pembangunan Pendidikan bagi Fasa Kedua pula akan dibuka bermula 10 Jun 2011 manakala tarikh tutup permohonan pada 11 Julai 2011.
Borang boleh didapati sama ada melalui portal selangor http://www.selangor.gov.my/main.php, pejabat Adun, Pusat Khidmat Masyarakat atau Unit Pendidikan di talian 03-55212283.
sumber : harakahdaily
sumber : harakahdaily
SHAH ALAM, 9 Jun: Hari terakhir Muktamar Ulamak Sedunia di sini yang berlangsung bermula 6 hingga 8 Jun menggesa seluruh ulamak bersatu bagi menghadapi isu Islamofobia.
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar) dan Setiausahanya, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid menyertai muktamar itu dan menghantar laporan ke sini bagi mengemaskinikan maklumat kepada umat Islam di Malaysia.
Menurut Azmi, di peringkat antarabangsa propaganda terhadap imej Islam perlu segera dinilai kerana Barat sedang memberi kesan yang negatif terhadap Islam dan ini penting agar realiti umat tidak disalahgambarkan dengan fitnah jahat kuasa Barat.
“Ulamak perlu bersama umat bukan hanya dalam masjid semata, Ulamak perlu turun beraksi di lapangan rakyat supaya kefahaman Islam pada peringkat dalaman dapat disampaikan secara mantap dalam kalangan umat Islam sendiri sebelum menangani persoalan imej yang cuba digambarkan dari luar.
“Isu tidak membenarkan kaum Muslimah memakai hijab, menayangkan filem yang menggambarkan fitnah terhadap Rasul, pembatalan projek Pusat Islam dan tidak membenarkan pembinaan masjid adalah antara isu yang menterjemahkan sikap Islamofobia Barat, tegas Azmi.
Dalam muktamar sama, Ustaz Abdul Ghani membentangkan bagaimana Rasulullah SAW menegaskan Islam agama tertinggi dan ulamak bertanggungjawab mempertahankan kesatuan sosio, ekonomi dan politik umat demi menjamin imej umat sebagai umat terbaik.
Beliau turut mengupas masalah umat yang dijajah kerana ada pemimpin Islam sendiri yang menyalahguna kuasa dan bersikap korup di Negara Islam.
Ustaz Abdul Ghani juga menegaskan ada kalangan umat yang menolak Islam sebagai penyelesaian dan ada yang memilah-milah Islam dalam pemikiran dan amalan kerana itu, ulamak perlu mengukuhkan kesatuan politik dan ekonomi serta ketenteraan dalam kalangan umat melalui fikrah yang betul terhadap Islam.
Dari sudut status sosio-ekonomi, beliau menyatakan ulamak perlu berwaspada supaya perpecahan dan penyelewengan dapat dibenteras kerana konflik sesama ulamak dan umat akan merugikan bukan sahaja umat Islam akan tetapi juga seluruh manusia.
Dalam hal kepimpinan, beliau menegaskan perlu diusahakan pemulihan keyakinan umat terhadap para pemimpin dan ulamak. Isu hilangnya keyakinan umat terhadap kebanyakan pemimpin dan ulamak kini amat serius.
Di samping itu, beliau juga mencadangkan semua sumber media dan para seniman dilibatkan dalam menghadapi isu Islamofobia.
“Seluruh pihak dalam kalangan ulamak, ahli profesional, aktivis NGO dan ahli politik, ahli budayawan hendaklah digemblengkan dengan efektif untuk mempertahankan maruah Islam.
“Amat perlu diwujudkan Pusat Penyelidikan yang berkesan untuk memantau pelbagai isu yang dihadapi oleh umat di peringkat antarabangsa dan menggariskan agenda bertindak yang perlu diambil.
“Wajar digerakkan program latihan yang mantap dalam pelbagai bidang untuk para ulamak menghadapi pelbagai cabaran global; kemahiran pengurusan, komunikasi dan keupayaan mengendalikan isu umat, perlu dilaksanakan untuk menyiapkan umat mengendali pelbagai isu global,” tegasnya.
sumber : harakahdaily
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar) dan Setiausahanya, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid menyertai muktamar itu dan menghantar laporan ke sini bagi mengemaskinikan maklumat kepada umat Islam di Malaysia.Menurut Azmi, di peringkat antarabangsa propaganda terhadap imej Islam perlu segera dinilai kerana Barat sedang memberi kesan yang negatif terhadap Islam dan ini penting agar realiti umat tidak disalahgambarkan dengan fitnah jahat kuasa Barat.
“Ulamak perlu bersama umat bukan hanya dalam masjid semata, Ulamak perlu turun beraksi di lapangan rakyat supaya kefahaman Islam pada peringkat dalaman dapat disampaikan secara mantap dalam kalangan umat Islam sendiri sebelum menangani persoalan imej yang cuba digambarkan dari luar.
“Isu tidak membenarkan kaum Muslimah memakai hijab, menayangkan filem yang menggambarkan fitnah terhadap Rasul, pembatalan projek Pusat Islam dan tidak membenarkan pembinaan masjid adalah antara isu yang menterjemahkan sikap Islamofobia Barat, tegas Azmi.
Dalam muktamar sama, Ustaz Abdul Ghani membentangkan bagaimana Rasulullah SAW menegaskan Islam agama tertinggi dan ulamak bertanggungjawab mempertahankan kesatuan sosio, ekonomi dan politik umat demi menjamin imej umat sebagai umat terbaik.
Beliau turut mengupas masalah umat yang dijajah kerana ada pemimpin Islam sendiri yang menyalahguna kuasa dan bersikap korup di Negara Islam.
Ustaz Abdul Ghani juga menegaskan ada kalangan umat yang menolak Islam sebagai penyelesaian dan ada yang memilah-milah Islam dalam pemikiran dan amalan kerana itu, ulamak perlu mengukuhkan kesatuan politik dan ekonomi serta ketenteraan dalam kalangan umat melalui fikrah yang betul terhadap Islam.
Dari sudut status sosio-ekonomi, beliau menyatakan ulamak perlu berwaspada supaya perpecahan dan penyelewengan dapat dibenteras kerana konflik sesama ulamak dan umat akan merugikan bukan sahaja umat Islam akan tetapi juga seluruh manusia.
Dalam hal kepimpinan, beliau menegaskan perlu diusahakan pemulihan keyakinan umat terhadap para pemimpin dan ulamak. Isu hilangnya keyakinan umat terhadap kebanyakan pemimpin dan ulamak kini amat serius.
Di samping itu, beliau juga mencadangkan semua sumber media dan para seniman dilibatkan dalam menghadapi isu Islamofobia.
“Seluruh pihak dalam kalangan ulamak, ahli profesional, aktivis NGO dan ahli politik, ahli budayawan hendaklah digemblengkan dengan efektif untuk mempertahankan maruah Islam.
“Amat perlu diwujudkan Pusat Penyelidikan yang berkesan untuk memantau pelbagai isu yang dihadapi oleh umat di peringkat antarabangsa dan menggariskan agenda bertindak yang perlu diambil.
“Wajar digerakkan program latihan yang mantap dalam pelbagai bidang untuk para ulamak menghadapi pelbagai cabaran global; kemahiran pengurusan, komunikasi dan keupayaan mengendalikan isu umat, perlu dilaksanakan untuk menyiapkan umat mengendali pelbagai isu global,” tegasnya.
sumber : harakahdaily

SHAH ALAM 8 JUN : Biasiswa Pelajaran oleh Yayasan Selangor diberikan tanpa mengira kaum dan agama namun kaum Cina dan India kurang memberi sambutan kepada bantuan itu berbanding kaum Melayu.
Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menafikan dakwaan MIC dan MCA kononnya kerajaan negeri dan Yayasan Selangor menimbangkan latar belakang agama dan kaum dalam memberikan biasiswa itu.
Beliau menjelaskan rekod pengambilan pinjaman pelajaran bagi tahu 2000 hingga 2011 menunjukkan pelajar bukan bumiputera iaitu Cina dan India tidak membuat permohonan pinjaman dengan Yayasan Selangor sebaliknya membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinngi Nasional (PTPTN) yang menawarkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi.
"Pada tahun 2011, Yayasan Selangor mendapat 350 permohonan daripada bumiputera, daripada jumlah itu 227 ditawarkan pinjaman kerana yang lain tidak menepati syarat dan sebagainya. Daripada 227 hanya 142 yang menerima tawaran.
"Ini adalah merupakan trend dan dari segi keperluan pinjaman itu sendiri samada pelajar tersebut mahukan atau tidak," katanya.
Halimah berkata demikian mengulas dakwaan MIC dan MCA yang menuduh Yayasan Selangor berat sebelah dalam memberikan biasiswa dan pinjaman pendidikan dan meminggirkan pelajar berbangsa Cina dan India.
"Kaum Tionghua hanya 4 memohon daripada 4, 2 ditawarkan pinjaman dan tidak ada daripada mereka menerima tawaran kerana rata- rata mereka mengambil kursus yang melebihi bantuan pinjaman yang ditawarkan.
"Untuk pelajar India, kita menerima 19 permohonan dan 11 telah ditawarkan pinjaman, 6 menerima tawaran," Jelas Halimah.
Beliau menambah Yayasan Selangor hanya menawarkan jumlah biasiswa yang terhad iaitu sebanyak RM35,000 sahaja. Faktor itu memungkinkan kebanyakan pelajar tidak menerima tawaran tawaran tersebut.
Halimah menambah, Yayasan Selangor giat menawarkan biasiswa dan pinjaman pendidikan kepada pelajar Selangor yang mendapat keputusan cemerlang, menerusi akhbar berbahasa Melayu, Cina dan India.
"Nak membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak berat sebelah dalam memberi bantuan pinjaman, yayasan Selangor telah mengiklan permohonan bantuan pinjaman tersebut di surat khabar Tamil (Makkal Ossai) dan surat khabar Cina dan Melayu," ujar Halimah.
sumber : TVSelangor
sumber : TVSelangor

