Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa Himpunan Bersih 2 akan menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi. Beliau menyifatkan himpunan ini adalah ancaman kepada ekonomi negara khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing.
Perkara pertama yang wajib difahami oleh Datuk Ahmad Maslan adalah himpunan aman tanpa senjata adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia.
Ini bermakna bahawa himpunan tanpa senjata adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama untuk hadir dalam himpunan aman.
Peserta himpunan yang bakal hadir adalah seramai 300 ribu orang. Mereka datang daripada seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang.
Peserta himpunan yang bakal hadir adalah seramai 300 ribu orang. Mereka datang daripada seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang.
Dalam masa 3 jam sahaja aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2 adalah RM30 juta. Mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur.
Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda. Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini.
Walaubagaimana pun semua pihak hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Pihak kerajaan, Polis, Jawatankuasa Bersih 2, PERKASA, PERKIDA, parti-parti politik dan lain-lain pihak harus menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan.
Walaubagaimana pun semua pihak hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Pihak kerajaan, Polis, Jawatankuasa Bersih 2, PERKASA, PERKIDA, parti-parti politik dan lain-lain pihak harus menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan.
Sebagai contoh mengapa tidak pihak polis membuat reformasi dalam menguruskan peserta himpunan dengan meletakkan anggota polis di sepanjang jalan dari Jalan Chow Kit ke Istana Negara di mana Ketua Polis Negara memandu Pengerusi Bersih Datuk Ambiga ke Istana Negara. Di laluan yang lain pula Timbalan Ketua Polis Negara pula mengiringi Datuk Ibrahim Ali menuju ke Istana Negara.
Saya penuh yakin masyarakat negara ini khususnya anak muda sudah jauh terbuka minda mereka terhadap himpunan aman. Masyarakat sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah suatu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia.
Saya penuh yakin masyarakat negara ini khususnya anak muda sudah jauh terbuka minda mereka terhadap himpunan aman. Masyarakat sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah suatu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia.
Pelancong-pelancong yang hadir akan berpuas hati dengan keharmonian yang berlaku. Seperti mereka melihat sambutan Maulidur Rasul S.A.W dan Thaipusam di Batu Caves.
Pihak polis bekerjasama dengan penganjur bagi menjayakan aktiviti tersebut.
Jika pihak polis bersedia membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman ini maka insya Allah tiada kekacauan akan berlaku dan pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa.
Cuba anda bayangkan juga, anda bermain bola sepak di padang, tetapi menggunakan undang-undang ping-pong?
Fikirkan juga, anda mahu menghukum demonstrasi yang merupakan antara komponen demokrasi, tapi anda menggunakan asas peraturan sistem syura yang diamalkan dalam memilih pemimpin pada zaman dahulu.
Jangan ragu-ragu! Demonstrasi adalah halal! Bukan bid'ah dan bukan haram..
Ikuti video penjelasan
Penceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Tanyalah Ustaz (12/6/2011)
Tajuk: Amar Makruf Nahi Munkar
Antara isikandungan:
* Jangan terlalu kaku ketika berhadapan dengan teks syarak (nash) yang berkaitan dengan muamalat. Tidak seperti dalam hal-hal ibadah.* Dalam hal muamalah mestilah bertepatan dengan maqasid atau roh syariah. Sedangkan dalam hal ibadah mestilah bertepatan dengan taks syarak atau nash.
* Cara perlantikan pemerintah pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman selepasnya adalah berbeza dengan yang ada sekarang, iaitu demokrasi. Dahulu, untuk melantik khalifah tiada pilihanraya. Tiada pungutan suara dari rakyat.
* Islam tidak menghalang cara demokrasi dan segala komponen di dalamnya yang tidak bertentangan dengan syariat.
* Demonstrasi adalah salah satu dari komponen demokrasi yang tidak bertentangan dengan Islam.
* Hadis-hadis tentang menegur pemerintah dan ketaatan kepada mereka hendaklah difahami dalam konteks hadis itu. Ia tidak boleh digunapakai secara umum.
* Cara untuk mengelakkan demonstrasi ialah dengan kerajaan mendengar pandangan rakyat.
* Dibenarkan mengadakan demonstrasi aman untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang kelemahan kepemimpinan. Namun tidak boleh menyentuh kesalahan individu atau peribadi pemimpin.
* Apakah melaungkan bantahan terhadap pemerintah atau menegur mereka secara terbuka boleh dilabel sebagai Khawarij? Selagi rakyat menegur dan meluahkan perasaan marah secara aman tanpa angkat senjata, mereka tidak boleh dianggap sebagai khawarij.
Gerakan mahasiswa adalah suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan. Dalam lipatan sejarah universiti, masyarakat dan negara, sama ada dilihat secara universal atau secara perbandingan, misalnya, antara Asia dengan benua-benua lain, atau antara dunia ketiga dengan dunia-dunia lain, atau jika di negara ini, sama ada di peringkat sesebuah universiti atau di peringkat nasional, gerakan mahasiswa punya sejarahnya yang tersendiri.
Kadang-kadang ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, manakala kadang-kadang pula ia hanya tercatat sebagai sejarah di kalangan aktivis dan pendokongnya sahaja. Jika ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang baik, manakala kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang kurang baik.
Walaupun apapun pengakuan, pengiktirafan dan penafsiran yang diberikan terhadap gerakan mahasiswa, hakikatnya ialah ia adalah satu proses yang amat dinamik dan progresif, sama ada kepada proses pembangunan universiti, masyarakat dan negara, atau sekurang-kurangnya kepada para aktivis dan pendokongnya. Kerana itu, ia perlu dilihat dan dirakam dengan bijaksana. Sebagai sejarah dan penunjuk arah. Bagi gerakan dan pembangunan mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara.
Mahasiswa Bangkit
Jika terdapat pendapat yang berbeza tentang tahun permulaan zaman kemuncak gerakan mahasiswa, tetapi, dalam menentukan tahun akhirnya, terdapat pendapat yang sama, iaitu tahun 1974. Walaupun ramai penulis yang menggunakan tahun 1974 dalam tulisan mereka, dan ada juga penulis menggunakan tahun 1971, tetapi tahun 1971 yang digunakan kedua-duanya adalah kerana faktor teknikal.
Pendapat ini turut dikongsi oleh ramai pemerhati gerakan mahasiswa yang lain. Yang menjadikan tahun 1974 adalah tahun akhir zaman kemuncak gerakan mahasiswa ialah kerana setelah peristiwa demonstrasi Baling pada Disember 1974, pindaan telah dibuat terhadap AUKU 1971 pada awal tahun 1975 (dikenali sebagai Pindaan 1975), dan setelah itu, jelas kelihatan berlaku perubahan yang besar dari segi bermulanya zaman kelembapan gerakan mahasiswa.
Bagi pendapat yang mengatakan bahawa tempoh masa dari tahun 1965 hingga tahun 1974 adalah zaman kemuncak gerakan mahasiswa negara, ia diukur dari segi tindakan-tindakan mahasiswa yang bercorak politik. Hal ini termasuklah:
(1) Seminar dan diskusi yang membincangkan soal-soal politik, ekonomi dan sosial di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah.
(2) Resolusi-resolusi bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum dan kerajaan.
(3) Penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka.
(4) Demonstrasi di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan ideal perjuangan mereka.
(5) Sesetengah mahasiswa mengambil bahagian dengan memegang jawatan dalam parti-parti politik, seperti Parti Rakyat.
Sama ada ukuran politik yang sedemikian rupa adalah ukuran paling tepat untuk zaman tersebut, dan sama ada pemilihan zaman tersebut itu sendiri adalah pemilihan yang tepat, ia terserah kepada pandangan masing-masing individu. Ini adalah kerana tidak wujud satu kayu ukur, indikator atau kriteria yang saintifik tentang keaktifan, kelembapan atau kemuncak gerakan mahasiswa. Bagi mereka yang mengukurnya dengan ukuran politik, antara hujah utamanya ialah gerakan mahasiswa harus berbeza daripada sekadar penganjuran aktiviti kokurikulum oleh pelajar sekolah menengah tinggi.
Mahasiswa dalam PRU
PRU 13 bakal tiba tidak lama lagi. Bacaan ahli-ahli politik kemungkinan paling awal pada bulan julai ini. Persoalan yang timbul dimana tempat mahasiswa menjelang pilihan raya nanti. Semua sedia maklum bahawa mahasiswa yang dipanggil ‘Kuasa Ketiga’ iaitu pengundi atas pagar yang sangat penting diperhatikan justru golongan ini dilihat memiliki critical thinking yang sangat prihatin terhadap apa yang berlaku di negara sekarang. Golongan atas pagar ini mungkin tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi mereka hanya akan mengundi parti dan calon yang memenuhi cita rasa mereka. Mereka ini melihat isu dan cara mana sesuatu parti yang bertanding itu menangani isu itu. Mereka juga meneliti rekod parti pemerintah dan pembangkang.
Bercakap soal keberanian mahasiswa menyertai pilihan raya umum akan datang. Bagi saya bukan soal bertanding ataupun tidak, berani atau penakut. Tapi yang penting bagaimana kita boleh hadirkan atau berikan calon yang terbaik kepada masyarakat. Jika ada calon yang boleh kita sepakati kebolehannya dalam memimpin, apa salahnya kita serahkan kepada rakyat. Dan perlu diingat pemimpin bagi masyarakat bukan lagi ruang mahasiswa sahaja. Soal kuliah, soal parlimen, soal kebajikan rakyat, soal mahasiswa dan sebagainya. Mahasiswa perlu lebih matang fikirkan soal ini dan bukan bertindak dengan keberanian dan semangat semata-mata tanpa membuat persediaan yang rapi.
Golongan muda dan ‘Kuasa Ketiga’ ini kemungkinan menjadi kuasa penentu akan kemenangan calon-calon dalam PRU Ke-13 nanti. Mahasiswa sedang memerhatikan sungguh- sungguh perjalanan Pakatan Rakyat dan Umno/BN, terutama para calon yang akan dikemukakan oleh kedua-dua pihak. Mahasiswa dan anak muda hanya akan memberikan undi kepada calon yang mereka lihat berwibawa, calon yang berilmu, mesra rakyat dan berfikiran terbuka serta calon yang tidak pelahap dengan pelbagai habuan atau boleh dibeli dengan wang dan ganjaran lain. Boleh disimpulkan bahawa golongan generasi muda dan golongan mahasiswa ini adalah golongan yang sangat kritikal. Jangan ada siapa yang berfikir bahawa mahasiswa adalah ‘pengundi mainoriti’, tidak penting dan bukan penentu keputusan pilihan raya nanti.
Mohd Yusof Hadhari adalah Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis)
Sekarang kita semua perlu terus sedar bahawa penjimatan kini sudah menjadi wajib. Ia patut menjadi kata kunci kepada semua orang, bukan lagi kepada yang berpendapatan rendah sahaja. Kanapa saya berkata begitu. Harga gula sudah naik, harga minyak sudah berapa kali naik. Untuk harga barang yang lain harap tidak di naikan lagi, sekurang-kurangnya tidak dirasionalisasikan dalam masa terdekat. Harga petrol Ron95, diesel dan gas masih lagi bertahan, entah sampai bila subsidinya dapat diteruskan! Kita tunggu dan lihat.
Dan mulai kemarin (1 jun), bagi pengguna elektrik antara 301kW dan 1000kW unit, tarifnya sudah dinaikan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30. Macam biasa, tenang semua. Harga gas asli di Malaysia masih lagi murah berbanding Negara jiran meskipun dengan kenaikan itu. Menurut kerajaan, sebelum atau selepas kenaikan, setelah dirasionalisasikan, harga di Negara ini masih murah jika di bandingkan dengan Thailand sebanyak RM18.23 setiap juta unit termal British (MMBtu). Indonesia RM21.04, Singapura RM43.32 dan Vietnam RM18.70.Kerajaan kata kenaikan dalam bekalan gas ke sektor perindustrian adalah wajar, iaitu daripada RM15 setiap MMBtu kepada RM16.07 setiap MMBtu, jika dibandingkan dengan Negara serantau seperti Thailand(RM19.46), Indonesia(RM18.74) dan Singapura(Rm113.45). Apa pun, yang jelas pengguna tidak akan selesa dengan sebarang kenaikan.
Apa yang dibimbangkan adalah penyelarasan atau merasionalisasikan tariff elektrik ini akan dijadikan alasan menaikan harga barangan atau perkhidmatan sewenang-wenangnya. Barangkali pengguna boleh rasa sedikit lega dengan jaminan persatuan restoran yang mewakili 2,500 ahli bahawa mereka tidak akan naikkan harga makanan, tetapi adakah kerajaan mahu ringankan bebanan pengusaha restoran dengan pastikan levi pekerja asing ditanggung pekerja itu sendiri. Baca amaran ini. Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan merasionalisasikan tariff elektrik ini, kata Ketua Ekonomis Ratings Agency Malaysia, Yeah Kim Leng.
Apa yang menjadi kempen kebiasaan di dengar rakyat adalah kita perlu jimat. Rakyat perlu bijak dan lebih baik mengambil tindakan jimatkan perbelanjaan melalui berbagai cara. Kerajaan akan sediakan jadual bagaimana cara-cara penjimatan kepada rakyat. Gunakan seterika seminggu sekali, jangan biarkan pintu peti ais air tidak ditutup rapat dan banyak lagi.
Walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindahkan kos lebih tinggi kepada pengguna. Benar jika alasannya pengecualian kenaikan diberi kepada yang mengguna elektrik RM20 ke bawah sebulan, tapi apakah anda dan saya dengan kemudahan dan peralatan yang perlu digunakan dan anggota keluarga yang ramai, kita termasuk dalam golongan itu? Oh ya, hampir terlupa, kerajaan sudah sediakan jadual penjimatan kepada kita semua.
Saya rasa tidak perlu kerajaan tunjukkan cara penjimatan setelah kerajaan naikkannya. Seolah memainkan rakyat, dan saya rasakan rakyat sudah mula celik dan bukan terlalu bodoh. Kata PM kita, Dato Seri Najib Tun Razak, “rakyat sudah berubah”. Kita sudah lama berjimat cermat kerana harga yang sentiasa dirasionalisasikan sejak sekian lama. Apa yang kita mahukan kerajaan yang perlu belajar berjimat dan pandai menggunakan wang Negara dalam masa yang sama dapat memberikan manfaat kepada rakyat seluruhnya.
Mohd Yusof Hadhari
Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia(GAMIS)
AmResearch sebuah Firma Penyelidikan Pelaburan menjangkakan kerajaan UMNO/BN akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20sen seliter menjadikannya dijual pada harga RM2.10 se liter mulai bulan june ini..Ini menurut Firma tersebut adalah kerana peningkatan subsidi sehingga tiga kali ganda yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan UMNO/BN berikutan konflik yang melanda negara-negara di Timur Tengah dan juga Afrika Utara..
AmResearch menganggarkan kerajaan UMNO/BN menanggung subsidi pada kadar 90sen seliter sekarang berbanding 30sen pada ketika minyak mentah berharga US$79 pada tahun lalu sebelum ianya meningkat sehingga menjadi US$99 satu barrel tahun ini.
Cuma yang menghairankan ialah mengapa hanya Malaysia yang menerima implikasi dari pergolakan di Timur Tengah dan Utara Afrika itu. Sedangkan Negara-negara jiran tidak menerimanya?
Lagi satu, kenapa pula AmResearch tidak menyatakan bahawa harga minyak mentah dunia sekarang ini sedang turun?




